Sunday, December 27, 2009

Salam sejahtera,
2010 bakal menjelma tidak lama lagi. Bagi kanak-kanak, cuti semester yang panjang mungkin sudah cukup utuk merehatkan minda sebelum sesi persekolahan bermula. Bagi ibu bapa pula pastinya sibuk untuk menyiapkan persediaan persekolahan 2010. Apa yang pasti semua orang tidak kira ibu bapa, kanak-kanak mahupun guru sekalipun sibuk dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing menjelang Januari 2010.
Ibu bapa tidak putus-putus mengunjungi karnival jualan akhir tahun (YES). Maklumlah di hujung tahun sebegini pelbagai promosi jualan ditawarkan penjual kepada pengguna. Sehingga ada yang sanggup menawarkan potongan harga setinggi 80% serta pelbagai hadiah sampingan bagi melariskan jualan mereka.
Kanak-kanak juga tidak ketinggalan untuk merasai kehangatan menjalangnya 2010 dengan penuh debar. Pakaian baru dari hung kaki hingga hujung rambut boleh dikatakan serba baru. Malah kelengkapan sekolah juga nakkan yang baharu.
Dalam membuat persediaan menghadapi sesi persekolahan akan datang perlu diingat bahawa kita mestilah bijak mengurus kewangan. Almaklumlah, ekonomi masih lagi kurang stabil. Kalau berbelanja ingat-ingatlah keperluan yang penting. Usah tangkap muat sahaja. Jika masih ada pakaian lama yang boleh dipakai, pakailah. kalau ada kelengkapan sekolah yang masih elok, gunakanlah. Elakkan daripada membazir.
Pembukaan sesi persekolahan nanti pasti banyak yang perlu difikrkan. Bukan hanya kelengkapan anak-anak, tapi perlu juga ingat akan buku-buku, yuran persekolahan, tambang bas sekolah, dan sebagainya.
Bukannya apa, ini cuma sebagai perkongsian pengalaman. Bagi yang mampu mengurus kewangan dengan baik, Tahniah diucapkan, Bagi yang kurang cekap, belajarlah daripada orang yang lebih mengetahui atau buatlah pertimbangan yang terbaik demi masa depan bersama.
SELAMAT BERBELANJA DENGAN BERHEMAH

Tuesday, October 27, 2009

Tanggal 23 Oktober 2009, satu perkhemahan telah dilaksanakan di sini yang berlangsung selama 2 hari bermula pada 23.10.2009 dan berakhir pada keesokan harinya. Perkhemahan ini melibatkan semua unit beruniform iaitu Pengakap, BSMM dan Puteri Islam dari tahun 3 hingga tahun 6.
Perkhemahan ini berobjektifkan meningkatkan disiplin diri, memupuk daya kepemimpinan serta mengeratkan hubungan antara kaum. Di samping itu, perkhemahan ini dapat meningkatkan keupayaan serta kebolehan sedia ada murid.
Program bermula selepas solat Jumaat iaitu jam 2.30 petang iaitu pendaftaran peserta-peserta kem. Kemudian, peserta kem diagihkan kepada 4 kumpulan utama. Dalam kumpulan tersebut, para peserta dikehendaki menyediakan moto kumpulan serta logo. Dalam kumpulan tersebut juga peserta bersuai kenal antara satu sama lain bagi engeratkan hubungan sesama ahli.
Menurut penyelaras program, Pn. Norzila Abu Bakar, semua kumpulan akan mempunyai ahli yang pelbagai kaum dan peringkat umur. Ini bertujuan untuk mewujudkan integrasi kaum.
Selepas solat asar, para peserta mengikuti aktiviti berteraskan 'team work'. Peserta diberikan khemah-khemah unutk didirikan secara berkumpulan dengan pemerhatian fasilitator. Menurut En. Nizam, khemah ini perlu siap didirikan dalam 15 minit. Kumpulan yang dapat menyiapkan dalam tempoh aling singkat diberikan markah bonus.
Pada sebelah malam, aktiviti malam kebudayaan mula diadakan dengan pelbagai persembahan daripada para peserta. Persembahan yang dipertontonkan begitu mengasyikkan dan penuh dengan semangat setia kawan. Sebelum itu, peserta telah berlatih dengan bersungguh-sungguh di bawah pimpinan Abang Amir dan fasilitator lain. Begitu menghiburkan....
Setelah malam kebudayaan berlangsung , tibalah waktu untuk beradu. Maklumlah, pada malam pertama sudah pasti ramai peserta yang tidur lewat. Nak bersembang dengan rakan-rakan. Namun, peraturan perlu dipatuhi.
Hari kedua,
Pada hari kedua, program bermula dengan Qiamuallail dan solat subuh berjemaah. Solat subuh ini telah diketuai oleh Ust. Amri bersama-sama dengan beberapa orang guru. Tidak ketinggalan selepas solat subuh kuliah subuh juga diselitkan sebagai makanan rohani peserta.
Kemudian, senaman pagi bermula pada jam 7.30 pagi. Antara objektif senaman ini diadakan adalah unutk meningkatkan stamina serta mewujudkan generasi yang cergas, cerdas seterusnya seimbang berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN).
Dalam setiap perkhemahan tidak lengkap tanpa pertandingan kawat kaki. Jadi aktiviti kawat kaki antara kumpulan telah dipertandingkan bagi melihat dan menilai sejauh manakah daya kepemimpinan dan semangat kerja berpasukan dapat ditonjolkan. Pertandingan kawat kaki ini telah diadili oleh guru-guru penolong kanan dan ketua -ketua unit beruniform.
Seterusnya, pada sebelah petang pula pertandingan 'explore-mind' diadakan. Ini bertujuan untuk menguji tahap kecekapan, kebolehan serta ketahanan diri peserta dalam menyelesaikan beberapa masalah yang mana kerjasama berpasukan amat-amat dititikberatkan.
Menurut peserta kem, mereka amat seronok dan berpuas hati dengan program kem yang dijalankan. Mereka berasakan bahawa kem seumpama ini lebih menyeronokkan jika diadakan dalam tempoh yang lebih panjang.
Perkhemahan ini berakhir pada pukul 4.30 petang.
"JATI DIRI CEMERLANG, PERIBADI GEMILANG, WADAH TERBILANG"
Selamat Bersua lagi di lain waktu.
Selamat Maju Jaya.

Tuesday, October 20, 2009

3 In 1

Syawal melabuhkan tirai dengan pelbagai aktiviti dan program. Tidak kurang juga dengan pelbagai open house di sana-sini. Maklumlah puasa sebulan raya pun nak sebulan juga. Entah-entah ada yang puasa tak cukup. Faham -faham ajelah. Nanti jangan lupa untuk ganti.

Bercerita tentang 3 in 1, SK 1 Kuala Ampang mengambil peluang yang ada dengan mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak, RIMUP & Hari Raya pada hari Selasa 13 Oktober yang lalu. Program ini telah berlangsung di dewan sekolah dengan perasmian dilakukan oleh Guru Besar, Pn. Hjh Musalmah bt. Baharuddin.

Selepas majlis perasmian, acara senam seni dan senam robik "poco-poco" dimulakan. Senaman ini diketuai oleh En. Amri dan dibantu oleh beberapa orang guru dan murid. Semasa senaman berlangsung, Pn. GB begitu teruja dengan mengambil bahagian dari mula hingga tamat iaitu hampir 30 minit. Waooo... Inilah baru GB cemerlang!!!!


Pelbagai aktiviti telah dipertontonkan oleh warga sekolah yang rata-ratanya tidak segan silu untuk menonjolkan bakat masing-masing. Antara aktiviti yang dijalankan ialah nyayian, tarian, lakonan, dan sketsa. Persembahan yang memukau tontonan hadirin sememangnya sukar dilupakan persembahan khas daripada adik Thulasi yang menyanyikan lagu inggeris.


Dalam majlis ini juga murid-murid yang cemerlang dan berjaya dalam beberapa pertandingan sempena hari Kanak-kanak turut mendapat habuannya. Boleh dikatakan hampir semua murid mendapat habuan.

Program 3 in 1 ini mendapat kerjasama yang amat padu daripada semua warga sekolah bagi menjayakannya. Dari mula hingga ke akhir program, semuanya berjalan dengan lancar.


Sebelum berakhirnya program ini, jamuan Hari Raya turut diadakan. Ada ketupat. rendang, nasi himpit dan kuih-muih dan tidak ketinggalan beberapa kuih tradisional. Diselang seli dengan lagu raya yang sungguh mengasyikkan. Ingatkan raya masih panjang.......


Dalam kesempatan itu juga, pihak BKGK tidak lupa menyampaikan sumbangan kepada guru yang menerima musibah dan yang akan menunaikan haji ke tanah suci.

SELAMAT HARI KANAK-KANAK

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT KE TANAH SUCI

SELAMAT...SELAMAT...SELAMAT...

Amin....

Friday, October 16, 2009




BAHASA JIWA BANGSA

Bahasa melambangkan sesuatu bangsa di dunia. Bahasa yang dituturkan adalah salah satu komunikasi yang berkesan dalam menjamin kelangsungan dan kesejahteraan hidup bermasyarakat.

Bersempena dengan Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan 2009 (BBK) yang telah dicanang oleh kerajaan, pihak sekolah dan warganya telah mengadakan pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan pada 12 Oktober 2009 (Isnin). Majlis pelancaran ini telah dirasmikan oleh GPK Kurikulum (Pn. Hjh Zabidah bt Hassan) dan dipengerusikan oleh Pn. Zalina Idris.

Aturcara majlis dimulakan dengan perhimpunan rasmi dan bacaan doa oleh Ust. Amri. Kemudian, aturcara diteruskan dengan persembahan murid bertemakan bahasa . Antara persembahan yang telah dipertontonkan iaitu,:

  • Deklamasi puisi oleh adik Nurul Izzati Najwa dan adik Nur Hidayah.
  • Pantun oleh adik Adillah
  • Bercerita oleh adik M. Amin
  • Nyanyian oleh kumpulan murid tahun 2
  • teater muzikal oleh murid tahun 4

Menurut Ketua Panitia Bahasa Melayu SK 1 Kuala Ampang selaku pengerusi BBK peringkat sekolah, En. Mohd Faizal, pelbagai program dan akiviti telah dirancang dan diatur bagi memeriahkan sambutan BBK 2009 sepanjang bulan Oktober ini. Antara aktiviti yang dirancang ialah pertandingan bercerita, pertandingan mendeklamasi puisi, pertandingan pantun, mengarang esei, penulisan kreatif, kosa kata, bijak bahasa dan sebagainya.

Pertandingan dan aktiviti ini bertujuan menyemai semangat cinta akan bahasa kebangsaan di samping memartabatkan bahasa dalam jiwa warga sekolah amnya. Selain itu, melalui program serta aktiviti seumpama ini, ia dapat mengetengahkan budaya bangsa yang kian tenggelam di era teknologi kini.

Menurut beliau lagi, pertandingan yang diadakan ini mendapat kerjasama dan sokongan yang amat memberangsangkan daripada pelbagai pihak dan warga sekolah.


Program BBK ini akan berlangsung sepanjang bulan Oktober 2009. Majlis penutupan BBK 2009 ini akan diadakan pada 30 Oktober 2009 iaitu pada hari Jumaat.


Sebarang cadangan dan komen boleh berbuat demikian di faizal_mz8@yahoo.com.


Sehingga bersua lagi...

Tuesday, September 29, 2009


SEJARAH SEKOLAH.

Pada Januari 1963, 2 Kelas murid Darjah 1 yang didaftarkan atas nama Ulu Kelang Primary English School, Kuala Lumpur. Sekolah ini menumpang di SRJK ( Ing. ) Jalan Gurney. Pada 12 Julai 1963, Kerja-kerja pembinaan bangunan sekolah baru dimulakan di Ulu Kelang New Village. Ia terdiri daripada 2 blok bangunan 2 tingkat dan sebuah kantin.




Pada Januari 1964, Bangunan baru Ulu Kelang Primary English School, Kuala Lumpur telah siap pembinaannya di tapak yang Sedia ada sekarang. 2 buah kelas yang menumpang di SRJK ( Ing. ) Jalan Gurney telah dipindahkan ke sini dan Di tambah dengan 3 kelas lagi murid darjah 1 ( kemasukan Baru ). Ini menjadikan jumlah murid perintis sekolah ini Seramai 219 orang berserta dengan seorang guru besar, 5 orang guru dan seorang tukang sapu.


Maka bermulalah Era SRK (1) Kuala Ampang yang mana pada waktu itu Menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Miss Richards dilantik sebagai Guru Besar yang pertama Bagi sekolah ini. Sekolah ini telah menempatkan pelajar-pelajar Kelas Peralihan (Remove Class) yang akan memasuki sekolah menengah. Kelas-kelas ini telah diadakan pada sebelah petang dengan Dibantu oleh seorang penyelia iaitu Puan Chan Kong Yew.


Manakala sekitar tahun 1967, Kelas-kelas pemulihan ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Seorang guru khas iaitu En. C. Ayudorai. 2 tahun kemudian Iaitu pada Januari 1969, kelas kelas peralihan ini telah dipindahkan sepenuhnya ke SM Jenis Kebangsaan ( Ing. ), Batu 4 ½ Ulu Kelang. Bilangan murid sekolah ini terus meningkat. Menjelan Januari 1971, bilangannya telah mencapai 1450 orang dan ini telah memaksa Pejabat Pelajaran Selangor mengambil keputusan untuk memisahkan sekolah ini kepada 2 pentadbiran.


Maka bermulalah era SRJK ( Ing ) Satu Hulu Kelang Baru. Miss E.R. Richards masih mengekalkan jawatannya sebagai guru besar dengan dibantu oleh seorang Guru Penolong kanan iaitu En. Abdul Manan Simpol. Dalam tahun 1972, nama sekolah ini ditukar pula kepada SR (Satu) Hulu Kelang Baru apabila Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah. Majalah TEKUN diterbitkan buat pertama kalinya di bawah kendalian En. K. Kanapathy selaku Ketua Pengarang.Dalam tahun 1973.


Miss E. R. Richards telah bersara secara pilihan dan tempatnya telah diambil alih oleh En. Othman bin Mohd. Ali. Beliaulah yang bertanggungjawab memperkenalkan lagu sekolah dan mewujudkan Bilik Perpustakaan.Pada 22 September 1973, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini telah ditubuhkan dengan rasminya. Pengerusinya ialah Tuan Haji Abdullah bin Sulaiman. Beliau memegang jawatan berkenaan sehingga tahun 1979.Pada 20 Juali 1974, Perpustakaan E. R. Richards telah dirasmikan oleh En. Tan Teik Beng, Pengarah Pendidikan Selangor. Manakala pada tahun 1975, bangunan tambahan kantin dibina dan berkembar dengan bangunan yang lama. Bahagian dalam bangunan ini kemudian telah diubahsuai oleh PIBG dan dijadikan Bilik Sains pada tahun 1981.


Dalam tahun 1976, sekolah ini mengalami 2 peristiwa penting. Pertama, nama sekolah ini sekali lagi ditukar kepada SRK (Satu) Kuala Ampang sejajar dengan pertukaran nama Hulu kelang baru kepada Kuala Ampang. Maka bermulalah era SRK (1) Kuala Ampang sehingga ke hari ini. Kedua, En. Othman bin Mohd. Ali telah bertukar ke SK Hishamuddin. Beliau telah digantikan oleh Tuah Haji Fakhruddin bin Hussein.


Pada Disember 1979, Tuan Haji Fakhruddin telah bertukar ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan dan tempatnya diambil alih oleh Tuan Haji Hamzah Maamur bin Sulaiman. Pada tahun ini juga, PIBG telah memilih Y.B. Dato’ Haji Othman Bukhari untuk menerajui pucuk PIBG. Di bawah pimpinan Yang Berhormat, banyak projek-projek menambah tabungan kewangan PIBG telah dilaksanakan.


Di bawah pimpinannya, PIBG telah membiayai pembinaan Stor Pendidikan Jasmani. Impian beliau yang utama ialah untuk mendapatkan sebuah bas sekolah. Impian menjadi nyata apabila PIBG telah berjaya membeli sebuh bas model Nissan C1 800 dengan nombor pendaftaran BBU 8281 yang mampu memuatkan seramai 66 orang murid. Malangnya pada tahun 1983 beliau tidak lagi dilantik menjdai YDP PIBG. Namun demikian usaha tetap diteruskan. Perasmian bas berkenaan telah dilakukan sendiri oleh beliau bersempena dengan 10 tahun kelahiran PIBG.

Thursday, September 17, 2009

SALAM AIDILFITRI

MAAF ZAHIR BATIN

daripada:

Penyelaras

Pusat Sumber Sekolah

Salam 1Malaysia.


Sekali lagi SK 1 Kuala Ampang digamatkan dengan laungan kemerdekaan oleh warganya. peristiwa ini berlaku pada 16 September 2009 (Rabu) bersamaan dengan Hari Malaysia.

Pelbagai acara dimuatkan bagi memeriahkan sambutan tersebut. Antara acara yang dijalankan ialah Pertandingan Nyanyian lagu-lagu patriotik, Pakaian beragam bertemakan kemerdekaan, dan sebagainya.

Sambutan tersebut dimulakan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Kemudian, acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis (Pn Maria) sebagai penyelaras Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah tahun 2009.

Seterusnya pembacaan perutusan daripada DYMM SPB Yang DiPertuan Agong oleh En. Mohd Faizal Mamat. Diikuti dengan perutusan daripada Menteri Pelajaran oleh En. Yusri Yusof dan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran oleh En. Mohd Nizamuddin Ramli.

Sambutan diteruskan dengan pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik. pertandingan ini dapat mengetengahkan bakat murid di samping menghayati semangat kemerdekaan Malaysia dalam diri warga sekolah. Penglibatan yang amat menggalakkan daripada murid-murid mengambil bahagian. Hampir 95% murid mengambil bahagian. Pebagai ragam, gaya dan rentak yang ditunjukkan oleh murid-murid bagi menarik minat para hakim serta warga sekolah. Di samping itu, ada juga peserta yang mempamerkan kehebatan nyayian yang luar biasa seperti sudah lama bernyanyi.

Pertandingan ini telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu solo dan berkumpulan serta Tahap 1 dan Tahap 2. Tempat pertama kategori solo dimenangi oleh adik ..... Tahniah!

Dalam pertunjukkan pakaian beragam, pelbagai aksi yang dalam dilihat malah ada juga yang berbakat sebagai model. Murid-murid yang menyertai pertandingan ini berpakaian tradisional serta melambnagkan 1Malaysia. Kreativiti dan ketrampilan murid diambil kira sebagai pemenang selain pakaian mereka. Pertandingan ini dimenangi oleh adik Afdzaal Sadiq tempat pertama. Tempat kedua adik Azimah dan ketiga adik Mohd Farhan.

Majlis ini berterusan dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam pelbagai acara yang telah diadakan sepanjang smabutan bulan kemerdekaan. Penyampaian hadiah disampaiakan oleh Pn. Hjh Zabidah(GPK Kurikulum) dan Pn Hjh Norsiah (GPK Hal Ehwal Murid).

Sepanjang sambutan tersebut tergambar di wajah anak bangsa yang pelbagai kaum satu keharmonian, dan kepuasan. Reaksi yang ceria juga tergambar pada wajah anak-anak merdeka ini. Ini melambangkan 1Malaysia. Lagi pula sekolah ini mempunyai kaum yang pelbagai antaranya, Melayu, Cina, India, Iban, dan campuran. Inilah warga SK 1 Kuala Ampang.

Majlis ini berakhir dengan nyanyian beberapa buah lagu Patriotik bagi menaikkan semangat cinta akan tanah air serta menghormati antara satu sama lain serta laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!

Wednesday, September 16, 2009

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran membenarkan sekolah mengambil cuti peristiwa atau cuti berganti sempena Aidilfitri yang dijangka disambut Ahad atau Isnin ini, berikutan permohonan pihak sekolah dan ibu bapa.
Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata keputusan itu diambil bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga untuk bercuti di kampung masing-masing dan mengelak kesesakan jalan raya.
"Selepas meneliti permohonan dan pandangan yang dikemukakan, kementerian bersetuju memberi kebenaran kepada sekolah untuk mengambil cuti peristiwa iaitu bagi sekolah yang masih mempunyai baki cuti peristiwa, atau cuti berganti untuk sekolah yang habis cuti peristiwa," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Alimuddin berkata, sekolah di negeri yang hujung minggunya pada Jumaat dan Sabtu boleh mula bercuti pada Khamis 17 September, manakala sekolah di negeri yang hujung minggunya Sabtu dan Ahad dibenarkan bercuti pada Jumaat, 18 September ini. "Sekolah yang mengambil cuti berganti hendaklah menggantikan hari persekolahan itu pada Sabtu, 31 Oktober," katanya.
Beliau berkata semua Pengarah Jabatan Pelajaran negeri diarahkan supaya meluluskan cuti tambahan itu mengikut permohonan yang dikemukakan saja, manakala Pejabat Pelajaran Daerah dikehendaki memantau pelaksanaannya.
dipetik dari:
Berita Harian
15 September 2009

Friday, September 11, 2009

Gubahan: Kusham, Nada Studio
Lirik: SMDee, Canang Adcalls Sdn Bhd
Diterbitkan oleh: Canang Adcalls Sdn Bhd

Awal suruhan ialah membaca
Menuntut ilmu disuruh budaya
Inilah teladan sepanjang masa
Gayakan hidup dengan membaca

Apalah nama andai tanpa ilmu
Apalah mahkota permatanya palsu
Tanpa membaca cacatlah minda
Tanpa ilmu ke manalah kita

Jika ilmu penuh di dada
Bila bergaya dengan membaca
Dunia sempit menjadi luas
Tempah kejayaan tiada terbatas

Negara yang kecil tinggi martabat
Kerana ilmu, negara berdaulat

Mari kawan kita membaca

Mari rakan, timba ilmu dengan membaca
Inilah perjuangan, sambutlah seruan
Jadikan Membaca Gaya Wawasan

Everybody!Take a book and read
To gain knowledge, everyone has to read
Let’s reach out, open up your mind
Let’s make reading, a lifestyle of Wawasan

Alhamdulillah.
sepanjang tiga hari bermula 8-10 September 2009 seramai 14 orang calon peperiksaan UPSR sekolah ini telah berjaya menghadiri peperiksaan tersebut dengan jayanya. Sepanjang tiga hari tersebut, pelbagai halangan, cabaran dan dugaan yang dilalui oleh mereka.
Di samping itu, Ada yang tidak tidur malam, ada yang sepanjang hari menjengah buku-buku ilmiah, ada juga mengulang kaji malah apa yang penting sebahagian mereka tidak menginggalkan solat terawih di masjid ataupun surau. TAHNIAH.

Bukan sahaja dengan peperiksaan yang akan diduduki tapi dengan penyakit H1N1 yang kian menular. Mujurlah tiada yang disyaki menghidapinya. Pihak sekolah juga amat prihatin akan hal tersebut dengan mengambil pelbagai langkah seumpama pemakaian topeng muka dan imbasan suhu badan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Alhamdulillah


Pada 8 September- Peperiksaan Bahasa Melayu (pemahaman), Bahasa Melayu (penulisan) dan Matematik. manakala 9 September 2009 mata pelajaran Matematik dan pada 10 September 2009 mereka menduduki peperiksaan sehingga jam 4 petang (Sains, Bahasa Inggeris).
Pelbagai reaksi yang tergambar pada wajah mereka yang berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
Kami warga pendidik mendoakan kejayaan yang cemerlang.
Insya Allah... Amin......
Orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa berusaha mendapatkannya.

Wednesday, September 9, 2009

Terima kasih kerana mengunjungi laman blog Pusat Sumber SK 1 Kuala Ampang. Laman blog ini masih lagi dalam proses pembinaan. Pihak kami mengharapkan laman blog ini dapat memberi anda informasi, berita dan pelbagai isu dari semasa ke semasa mengenai PSS, sekolah, guru dan pelajar mahupun bekas pelajar SK 1 Kuala Ampang. Kami juga amat mengharapkan kerjasama daripada pihak anda untuk memberi sebarang cadangan, pandangan serta bahan untuk penambahbaikan dari semasa ke semasa.


Monday, September 7, 2009

"1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan"

Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-52 yang bertemakan "1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan" sekolah Kebangsaan 1 Kuala Ampang tidak ketinggalan menyelitkan semangat kemerdekaan dalam jiwa anak didik. Sambutan ini telah dikelolakan oleh Panitia Kajian Tempatan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, dan beberapa panitia lagi.


Perasmian sambutan bulan Kemerdekaan telah diadakan pada 21 Ogos 2009 bertempat di dewan sekolah. Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan doa serta nyanyian lagu Negaraku. Pelbagai program juga diselitkan sepanjang pelancaran tersebut antaranya bacaan ikrar, bacaan perutusan, nyanyian lagu-lagu patriotik, persembahan deklamasi puisi, pantun serta pengisian kerohanian.


Sepanjang pelancaran tersebut, semua warga sekolah menunjukkan semangat patriotik yang membanggakan. Kibaran Jalur Gemilang oleh warga sekolah turut menaikkan semangat serta pengertian kemerdekaan kali ini.



Tidak setakat itu, pengisisan sambutan bulan kemerdekaan diteruskan juga pada setiap hari sepanjang sambutan bulan kemerdekaan ini. Tayangan sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu turut dipersembahkan kepada generasi masa kini yang tidak merasai detik manis kemerdekaan negara daripada penjajahan.



Pertandingan dalam kalangan murid juga diadakan bagi meningkatkan kefahaman tentang sejarah negara turut. Kuiz kenegaraan dan sejarah negara Malaysia dijalankan. Sepanjang kuiz diadakan menunjukkan bahawa kecenderungan murid untuk menjawab amat memberangsangkan. Alhamdulillah.



bersambung ...........

murid sedang memberikan respon terhadap soalan yang dikemukakan oleh Pn. Maria.

Sunday, September 6, 2009

Sekolah Rendah Kuala Ampang Satu
Semua murid bersatu dan maju
Patuh aturan sekolah kita
Belajar bermain bermasa

Ikutlah apa yang guru kata
tinggikan mutu sekolah kita
Kita murid semua belajar dan usaha
Berjasa pada ibu dan bapa
Berbakti pada nusa dan bangsa

Saturday, September 5, 2009


Bacaan surah Yaasin di surau sekolah
pada 15 Ogos 2009
Alhamdulillah, penglibatan yang memberangsangkan daripada murid, guru dan ibu bapa bagi menjayakan program bacaan surah Yaasin sempena Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bakal tiba pada 8-10 September 2009.
Majlis tersebut telah diadakan pada 15 Ogos 2009 di surau SK Kuala Ampang yang diketuai oleh al-fadhil Ust Amri b Mat Said. Majlis didahului dengan tazkirah dan solat hajat berjemaah. Dalam tazkirah tersebut, Ust Amri mengingatkan hadirin tentang kepentingan untuk kita memohon keredaan daripada Allah swt dalam kita mengusahakan sesuatu.
Majlis ini tidak hanya diadakan oleh pihak sekolah, namun penglibatan pihak PIBG juga amat membanggakan. ini kerana majlis ini diteruskan lagi di sebelah malamnya iaitu di Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak. Program di sini dimulai pada jam 7.00 malam sehingga subuh keesokan harinya.

Antara pengisian program tersebut ialah solat maghrib, isya' & subuh berjemaah dan motivasi pelajar. peserta program yang hadir juga mengadakan solat sunat tasbih, soalat sunat tahajud di samping solat hajat.
Program begini amat baik untuk peningkatan sahsiah pelajar di samping mengimarahkan institusi masjid. Program ini telah dijayakan bersama pihak Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Pusat Tuisyen Ampang Jaya, SK 1 Kuala Ampang dan orang perseorangan.

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua pihak yang terlibat.
Semoga majlis ini diberkati oleh Yang Maha Kuasa. Amin...

Program di Masjid Taman Tun Abdul Razak

Friday, September 4, 2009

PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)




SEJARAH SEKOLAH.


Pada Januari 1963, 2 Kelas murid Darjah 1 yang didaftarkan atas nama Ulu Kelang Primary English School, Kuala Lumpur. Sekolah ini menumpang di SRJK ( Ing. ) Jalan Gurney. Pada 12 Julai 1963, Kerja-kerja pembinaan bangunan sekolah baru dimulakan di Ulu Kelang New Village. Ia terdiri daripada 2 blok bangunan 2 tingkat dan sebuah kantin.


Pada Januari 1964, Bangunan baru Ulu Kelang Primary English School, Kuala Lumpur telah siap pembinaannya di tapak yang Sedia ada sekarang. 2 buah kelas yang menumpang di SRJK ( Ing. ) Jalan Gurney telah dipindahkan ke sini dan Di tambah dengan 3 kelas lagi murid darjah 1 ( kemasukan Baru ).
Ini menjadikan jumlah murid perintis sekolah ini Seramai 219 orang berserta dengan seorang guru besar, 5 orang guru dan seorang tukang sapu. Maka bermulalah Era SRK (1) Kuala Ampang yang mana pada waktu itu Menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya.


Miss Richards dilantik sebagai Guru Besar yang pertama Bagi sekolah ini. Sekolah ini telah menempatkan pelajar-pelajar Kelas Peralihan (Remove Class) yang akan memasuki sekolah menengah. Kelas-kelas ini telah diadakan pada sebelah petang dengan Dibantu oleh seorang penyelia iaitu Puan Chan Kong Yew.Manaka sekitar tahun 1967, Kelas-kelas pemulihan ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Seorang guru khas iaitu En. C. Ayudorai.


2 tahun kemudian Iaitu pada Januari 1969, kelas kelas peralihan ini telah dipindahkan sepenuhnya ke SM Jenis Kebangsaan ( Ing. ), Batu 4 ½ Ulu Kelang. Bilangan murid sekolah ini terus meningkat. Menjelan Januari 1971, bilangannya telah mencapai 1450 orang dan ini telah memaksa Pejabat Pelajaran Selangor mengambil keputusan untuk memisahkan sekolah ini kepada 2 pentadbiran. Maka bermulalah era SRJK ( Ing ) Satu Hulu Kelang Baru.
Miss E.R. Richards masih mengekalkan jawatannya sebagai guru besar dengan dibantu oleh seorang Guru Penolong kanan iaitu En. Abdul Manan Simpol. Dalam tahun 1972, nama sekolah ini ditukar pula kepada SR (Satu) Hulu Kelang Baru apabila Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah.


Majalah TEKUN diterbitkan buat pertama kalinya di bawah kendalian En. K. Kanapathy selaku Ketua Pengarang. Dalam tahun 1973. Miss E. R. Richards telah bersara secara pilihan dan tempatnya telah diambil alih oleh En. Othman bin Mohd. Ali. Beliaulah yang bertanggungjawab memperkenalkan lagu sekolah dan mewujudkan Bilik Perpustakaan.


Pada 22 September 1973, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini telah ditubuhkan dengan rasminya. Pengerusinya ialah Tuan Haji Abdullah bin Sulaiman. Beliau memegang jawatan berkenaan sehingga tahun 1979.


Pada 20 Juali 1974, Perpustakaan E. R. Richards telah dirasmikan oleh En. Tan Teik Beng, Pengarah Pendidikan Selangor. Manakala pada tahun 1975, bangunan tambahan kantin dibina dan berkembar dengan bangunan yang lama. Bahagian dalam bangunan ini kemudian telah diubahsuai oleh PIBG dan dijadikan Bilik Sains pada tahun 1981.


Dalam tahun 1976, sekolah ini mengalami 2 peristiwa penting. Pertama, nama sekolah ini sekali lagi ditukar kepada SRK (Satu) Kuala Ampang sejajar dengan pertukaran nama Hulu kelang baru kepada Kuala Ampang. Maka bermulalah era SRK (1) Kuala Ampang sehingga ke hari ini.


Kedua, En. Othman bin Mohd. Ali telah bertukar ke SK Hishamuddin. Beliau telah digantikan oleh Tuah Haji Fakhruddin bin Hussein.Pada Disember 1979, Tuan Haji Fakhruddin telah bertukar ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan dan tempatnya diambil alih oleh Tuan Haji Hamzah Maamur bin Sulaiman.


Pada tahun ini juga, PIBG telah memilih Y.B. Dato’ Haji Othman Bukhari untuk menerajui pucuk PIBG. Di bawah pimpinan Yang Berhormat, banyak projek-projek menambah tabungan kewangan PIBG telah dilaksanakan. Di bawah pimpinannya, PIBG telah membiayai pembinaan Stor Pendidikan Jasmani.


Impian beliau yang utama ialah untuk mendapatkan sebuah bas sekolah. Impian menjadi nyata apabila PIBG telah berjaya membeli sebuh bas model Nissan C1 800 dengan nombor pendaftaran BBU 8281 yang mampu memuatkan seramai 66 orang murid. Malangnya pada tahun 1983 beliau tidak lagi dilantik menjdai YDP PIBG. Namun demikian usaha tetap diteruskan. Perasmian bas berkenaan telah dilakukan sendiri oleh beliau bersempena dengan 10 tahun kelahiran PIBG.

PENGERUSI
Mohd Faizal b Mamat @ Zakaria

SETIAUSAHA
Farah Nurhayyu bt Fadzil

AHLI JAWATANKUASA

PERPUSTAKAAN
Farah Nurhayyu bt Fadzil

AUDIO VISUAL
Yusri b Yusof

BAHAN BANTU MENGAJAR
Norzila bt Abu Bakar

SELF ACCESS LEARNING
Aini Sofiah bt Sudin Ali

ICT
Mohd Hafidzuddin b Mohd Maarof


BANK ITEM
Mariamuthuraia bt. Mohd Bisri

TEKNIK & PROJEK KHAS/FOTOGRAFI
Yusri b. Yusof

Thursday, September 3, 2009




Sebahagian bahan buku yang terdapat di perpustakaan SK 1 Kuala Ampang

Laman minda
Ke arah menjadikan sekolah dalam taman bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif

MISI

•Menawarkan P & P yang terbaik kepada murid-murid selaras kehendak Falsafah Pendidikan
Negara.

•Membekalkan prasarana yang gemilang menuju era internet.

•Mendedahkan pelbagai kemahiran belajar untuk meningkatkan pencapaian dalam kurikulum
dan kokurikulum.

VISI

Melahirkan insan yang berakhlak mulia,
dapat menguasai kemahiran berfikir
dan
mencari maklumat menuju kecemerlangan diri

Wednesday, September 2, 2009

Staf Akademik Sekolah Kebangsaan (1) Kuala Ampang
sesi persekolahan 2009

Depan (kiri): Pn. Norliza Zainal Abidin, Pn. Hjh Norsiah Ismail, Pn. Hjh Musalmah Baharudin, Pn, Ong Hooi Huang, Tengah: Pn. Zalina Idris, Pn. Manjanah Saba, Pn. Hjh Aini Sofiah Sudin Ali, Pn. Farah Nurhayyu Fadzil, Pn. Bebe Zarjan Mirbas Khan, Pn. Mariamuthuraia Mohd Bisri, Pn. Norzila Abu Bakar. Belakang: En. Amri Mat Said, En. Mohd Faizal Mamat @ Zakaria, En. Nizamuddin Ramli, En. Mohd Hafidzuddin Mohd Maarof , En. Yusri Yusof.

Tuesday, April 21, 2009

SELAMAT DATANG KE PSS

Yellow Puppies Blogger Template | Template Design | Elque 2008