Thursday, September 17, 2009

Salam 1Malaysia.


Sekali lagi SK 1 Kuala Ampang digamatkan dengan laungan kemerdekaan oleh warganya. peristiwa ini berlaku pada 16 September 2009 (Rabu) bersamaan dengan Hari Malaysia.

Pelbagai acara dimuatkan bagi memeriahkan sambutan tersebut. Antara acara yang dijalankan ialah Pertandingan Nyanyian lagu-lagu patriotik, Pakaian beragam bertemakan kemerdekaan, dan sebagainya.

Sambutan tersebut dimulakan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Kemudian, acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis (Pn Maria) sebagai penyelaras Program Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah tahun 2009.

Seterusnya pembacaan perutusan daripada DYMM SPB Yang DiPertuan Agong oleh En. Mohd Faizal Mamat. Diikuti dengan perutusan daripada Menteri Pelajaran oleh En. Yusri Yusof dan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran oleh En. Mohd Nizamuddin Ramli.

Sambutan diteruskan dengan pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik. pertandingan ini dapat mengetengahkan bakat murid di samping menghayati semangat kemerdekaan Malaysia dalam diri warga sekolah. Penglibatan yang amat menggalakkan daripada murid-murid mengambil bahagian. Hampir 95% murid mengambil bahagian. Pebagai ragam, gaya dan rentak yang ditunjukkan oleh murid-murid bagi menarik minat para hakim serta warga sekolah. Di samping itu, ada juga peserta yang mempamerkan kehebatan nyayian yang luar biasa seperti sudah lama bernyanyi.

Pertandingan ini telah dibahagikan kepada dua kategori iaitu solo dan berkumpulan serta Tahap 1 dan Tahap 2. Tempat pertama kategori solo dimenangi oleh adik ..... Tahniah!

Dalam pertunjukkan pakaian beragam, pelbagai aksi yang dalam dilihat malah ada juga yang berbakat sebagai model. Murid-murid yang menyertai pertandingan ini berpakaian tradisional serta melambnagkan 1Malaysia. Kreativiti dan ketrampilan murid diambil kira sebagai pemenang selain pakaian mereka. Pertandingan ini dimenangi oleh adik Afdzaal Sadiq tempat pertama. Tempat kedua adik Azimah dan ketiga adik Mohd Farhan.

Majlis ini berterusan dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dalam pelbagai acara yang telah diadakan sepanjang smabutan bulan kemerdekaan. Penyampaian hadiah disampaiakan oleh Pn. Hjh Zabidah(GPK Kurikulum) dan Pn Hjh Norsiah (GPK Hal Ehwal Murid).

Sepanjang sambutan tersebut tergambar di wajah anak bangsa yang pelbagai kaum satu keharmonian, dan kepuasan. Reaksi yang ceria juga tergambar pada wajah anak-anak merdeka ini. Ini melambangkan 1Malaysia. Lagi pula sekolah ini mempunyai kaum yang pelbagai antaranya, Melayu, Cina, India, Iban, dan campuran. Inilah warga SK 1 Kuala Ampang.

Majlis ini berakhir dengan nyanyian beberapa buah lagu Patriotik bagi menaikkan semangat cinta akan tanah air serta menghormati antara satu sama lain serta laungan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!

0 comments:

Yellow Puppies Blogger Template | Template Design | Elque 2008