Monday, September 7, 2009

"1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan"

Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-52 yang bertemakan "1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan" sekolah Kebangsaan 1 Kuala Ampang tidak ketinggalan menyelitkan semangat kemerdekaan dalam jiwa anak didik. Sambutan ini telah dikelolakan oleh Panitia Kajian Tempatan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, dan beberapa panitia lagi.


Perasmian sambutan bulan Kemerdekaan telah diadakan pada 21 Ogos 2009 bertempat di dewan sekolah. Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan doa serta nyanyian lagu Negaraku. Pelbagai program juga diselitkan sepanjang pelancaran tersebut antaranya bacaan ikrar, bacaan perutusan, nyanyian lagu-lagu patriotik, persembahan deklamasi puisi, pantun serta pengisian kerohanian.


Sepanjang pelancaran tersebut, semua warga sekolah menunjukkan semangat patriotik yang membanggakan. Kibaran Jalur Gemilang oleh warga sekolah turut menaikkan semangat serta pengertian kemerdekaan kali ini.



Tidak setakat itu, pengisisan sambutan bulan kemerdekaan diteruskan juga pada setiap hari sepanjang sambutan bulan kemerdekaan ini. Tayangan sejarah Kemerdekaan Tanah Melayu turut dipersembahkan kepada generasi masa kini yang tidak merasai detik manis kemerdekaan negara daripada penjajahan.



Pertandingan dalam kalangan murid juga diadakan bagi meningkatkan kefahaman tentang sejarah negara turut. Kuiz kenegaraan dan sejarah negara Malaysia dijalankan. Sepanjang kuiz diadakan menunjukkan bahawa kecenderungan murid untuk menjawab amat memberangsangkan. Alhamdulillah.



bersambung ...........

murid sedang memberikan respon terhadap soalan yang dikemukakan oleh Pn. Maria.

0 comments:

Yellow Puppies Blogger Template | Template Design | Elque 2008