Saturday, September 5, 2009


Bacaan surah Yaasin di surau sekolah
pada 15 Ogos 2009
Alhamdulillah, penglibatan yang memberangsangkan daripada murid, guru dan ibu bapa bagi menjayakan program bacaan surah Yaasin sempena Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bakal tiba pada 8-10 September 2009.
Majlis tersebut telah diadakan pada 15 Ogos 2009 di surau SK Kuala Ampang yang diketuai oleh al-fadhil Ust Amri b Mat Said. Majlis didahului dengan tazkirah dan solat hajat berjemaah. Dalam tazkirah tersebut, Ust Amri mengingatkan hadirin tentang kepentingan untuk kita memohon keredaan daripada Allah swt dalam kita mengusahakan sesuatu.
Majlis ini tidak hanya diadakan oleh pihak sekolah, namun penglibatan pihak PIBG juga amat membanggakan. ini kerana majlis ini diteruskan lagi di sebelah malamnya iaitu di Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak. Program di sini dimulai pada jam 7.00 malam sehingga subuh keesokan harinya.

Antara pengisian program tersebut ialah solat maghrib, isya' & subuh berjemaah dan motivasi pelajar. peserta program yang hadir juga mengadakan solat sunat tasbih, soalat sunat tahajud di samping solat hajat.
Program begini amat baik untuk peningkatan sahsiah pelajar di samping mengimarahkan institusi masjid. Program ini telah dijayakan bersama pihak Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Pusat Tuisyen Ampang Jaya, SK 1 Kuala Ampang dan orang perseorangan.

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua pihak yang terlibat.
Semoga majlis ini diberkati oleh Yang Maha Kuasa. Amin...

Program di Masjid Taman Tun Abdul Razak

0 comments:

Yellow Puppies Blogger Template | Template Design | Elque 2008