Friday, January 15, 2010

PROGRAM MAJU DIRI 2010
SELAMAT TAHUN BARU 2010
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
Syukur kepada Tuhan kerana masih lagi dapat meneruskan perjuangan menuntut ilmu di dunia ini. Sekali lagi ruangan ini ingin berkongsi maklumat serta aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun 2010.
PMD yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah buat semua murid tahap 2 sekurang-kurangnya dapat membantu murid bersedia untuk meneruskan pelajaran. Program ini telah dikelolakan oleh unit HEM bersama Unit Kaunseling sekolah dengan kerjasama semua guru.
Sepanjang program dijalankan, pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi merangsang minat murid dalam pembelajaran. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk mendisiplinkan murid dalam proses pembelajaran supaya murid-murid menuntut ilmu dengan ikhlas.
Program PMD yang jalankan berpandukan modul yang telah diselaraskan oleh pihak PPD serta Jabatan Pelajaran.
Program ini berakhir pada hari Jumaat, 8 Januari 2010.
SELAMAT MENUNTUT ILMU.

Yellow Puppies Blogger Template | Template Design | Elque 2008