Sunday, December 27, 2009

Salam sejahtera,
2010 bakal menjelma tidak lama lagi. Bagi kanak-kanak, cuti semester yang panjang mungkin sudah cukup utuk merehatkan minda sebelum sesi persekolahan bermula. Bagi ibu bapa pula pastinya sibuk untuk menyiapkan persediaan persekolahan 2010. Apa yang pasti semua orang tidak kira ibu bapa, kanak-kanak mahupun guru sekalipun sibuk dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing menjelang Januari 2010.
Ibu bapa tidak putus-putus mengunjungi karnival jualan akhir tahun (YES). Maklumlah di hujung tahun sebegini pelbagai promosi jualan ditawarkan penjual kepada pengguna. Sehingga ada yang sanggup menawarkan potongan harga setinggi 80% serta pelbagai hadiah sampingan bagi melariskan jualan mereka.
Kanak-kanak juga tidak ketinggalan untuk merasai kehangatan menjalangnya 2010 dengan penuh debar. Pakaian baru dari hung kaki hingga hujung rambut boleh dikatakan serba baru. Malah kelengkapan sekolah juga nakkan yang baharu.
Dalam membuat persediaan menghadapi sesi persekolahan akan datang perlu diingat bahawa kita mestilah bijak mengurus kewangan. Almaklumlah, ekonomi masih lagi kurang stabil. Kalau berbelanja ingat-ingatlah keperluan yang penting. Usah tangkap muat sahaja. Jika masih ada pakaian lama yang boleh dipakai, pakailah. kalau ada kelengkapan sekolah yang masih elok, gunakanlah. Elakkan daripada membazir.
Pembukaan sesi persekolahan nanti pasti banyak yang perlu difikrkan. Bukan hanya kelengkapan anak-anak, tapi perlu juga ingat akan buku-buku, yuran persekolahan, tambang bas sekolah, dan sebagainya.
Bukannya apa, ini cuma sebagai perkongsian pengalaman. Bagi yang mampu mengurus kewangan dengan baik, Tahniah diucapkan, Bagi yang kurang cekap, belajarlah daripada orang yang lebih mengetahui atau buatlah pertimbangan yang terbaik demi masa depan bersama.
SELAMAT BERBELANJA DENGAN BERHEMAH

Yellow Puppies Blogger Template | Template Design | Elque 2008