Tuesday, September 29, 2009


SEJARAH SEKOLAH.

Pada Januari 1963, 2 Kelas murid Darjah 1 yang didaftarkan atas nama Ulu Kelang Primary English School, Kuala Lumpur. Sekolah ini menumpang di SRJK ( Ing. ) Jalan Gurney. Pada 12 Julai 1963, Kerja-kerja pembinaan bangunan sekolah baru dimulakan di Ulu Kelang New Village. Ia terdiri daripada 2 blok bangunan 2 tingkat dan sebuah kantin.




Pada Januari 1964, Bangunan baru Ulu Kelang Primary English School, Kuala Lumpur telah siap pembinaannya di tapak yang Sedia ada sekarang. 2 buah kelas yang menumpang di SRJK ( Ing. ) Jalan Gurney telah dipindahkan ke sini dan Di tambah dengan 3 kelas lagi murid darjah 1 ( kemasukan Baru ). Ini menjadikan jumlah murid perintis sekolah ini Seramai 219 orang berserta dengan seorang guru besar, 5 orang guru dan seorang tukang sapu.


Maka bermulalah Era SRK (1) Kuala Ampang yang mana pada waktu itu Menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Miss Richards dilantik sebagai Guru Besar yang pertama Bagi sekolah ini. Sekolah ini telah menempatkan pelajar-pelajar Kelas Peralihan (Remove Class) yang akan memasuki sekolah menengah. Kelas-kelas ini telah diadakan pada sebelah petang dengan Dibantu oleh seorang penyelia iaitu Puan Chan Kong Yew.


Manakala sekitar tahun 1967, Kelas-kelas pemulihan ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Seorang guru khas iaitu En. C. Ayudorai. 2 tahun kemudian Iaitu pada Januari 1969, kelas kelas peralihan ini telah dipindahkan sepenuhnya ke SM Jenis Kebangsaan ( Ing. ), Batu 4 ½ Ulu Kelang. Bilangan murid sekolah ini terus meningkat. Menjelan Januari 1971, bilangannya telah mencapai 1450 orang dan ini telah memaksa Pejabat Pelajaran Selangor mengambil keputusan untuk memisahkan sekolah ini kepada 2 pentadbiran.


Maka bermulalah era SRJK ( Ing ) Satu Hulu Kelang Baru. Miss E.R. Richards masih mengekalkan jawatannya sebagai guru besar dengan dibantu oleh seorang Guru Penolong kanan iaitu En. Abdul Manan Simpol. Dalam tahun 1972, nama sekolah ini ditukar pula kepada SR (Satu) Hulu Kelang Baru apabila Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah. Majalah TEKUN diterbitkan buat pertama kalinya di bawah kendalian En. K. Kanapathy selaku Ketua Pengarang.Dalam tahun 1973.


Miss E. R. Richards telah bersara secara pilihan dan tempatnya telah diambil alih oleh En. Othman bin Mohd. Ali. Beliaulah yang bertanggungjawab memperkenalkan lagu sekolah dan mewujudkan Bilik Perpustakaan.Pada 22 September 1973, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini telah ditubuhkan dengan rasminya. Pengerusinya ialah Tuan Haji Abdullah bin Sulaiman. Beliau memegang jawatan berkenaan sehingga tahun 1979.Pada 20 Juali 1974, Perpustakaan E. R. Richards telah dirasmikan oleh En. Tan Teik Beng, Pengarah Pendidikan Selangor. Manakala pada tahun 1975, bangunan tambahan kantin dibina dan berkembar dengan bangunan yang lama. Bahagian dalam bangunan ini kemudian telah diubahsuai oleh PIBG dan dijadikan Bilik Sains pada tahun 1981.


Dalam tahun 1976, sekolah ini mengalami 2 peristiwa penting. Pertama, nama sekolah ini sekali lagi ditukar kepada SRK (Satu) Kuala Ampang sejajar dengan pertukaran nama Hulu kelang baru kepada Kuala Ampang. Maka bermulalah era SRK (1) Kuala Ampang sehingga ke hari ini. Kedua, En. Othman bin Mohd. Ali telah bertukar ke SK Hishamuddin. Beliau telah digantikan oleh Tuah Haji Fakhruddin bin Hussein.


Pada Disember 1979, Tuan Haji Fakhruddin telah bertukar ke Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan dan tempatnya diambil alih oleh Tuan Haji Hamzah Maamur bin Sulaiman. Pada tahun ini juga, PIBG telah memilih Y.B. Dato’ Haji Othman Bukhari untuk menerajui pucuk PIBG. Di bawah pimpinan Yang Berhormat, banyak projek-projek menambah tabungan kewangan PIBG telah dilaksanakan.


Di bawah pimpinannya, PIBG telah membiayai pembinaan Stor Pendidikan Jasmani. Impian beliau yang utama ialah untuk mendapatkan sebuah bas sekolah. Impian menjadi nyata apabila PIBG telah berjaya membeli sebuh bas model Nissan C1 800 dengan nombor pendaftaran BBU 8281 yang mampu memuatkan seramai 66 orang murid. Malangnya pada tahun 1983 beliau tidak lagi dilantik menjdai YDP PIBG. Namun demikian usaha tetap diteruskan. Perasmian bas berkenaan telah dilakukan sendiri oleh beliau bersempena dengan 10 tahun kelahiran PIBG.

0 comments:

Yellow Puppies Blogger Template | Template Design | Elque 2008